Thursday, December 10, 2009

Menutup tirai 2009


Syukur Alhamdullilah atas segala rahmatNYA ..aku akhiri tirai 2009 dgn penuh perasaan bangga yang teramat..Apa yang aku hajati telah tercapai...:-

1)melancong ke negara orang (Jakarta,Bali & Bandung)

2)status permenant keje ( alhamdullah bermula awal Januari)

3) Anak2 ( hehehe dua ekor anak kucing baby n boboi)
4)Utang Kredit Kad ( ditahap membanggakan)
5)rumah sendiri (boleh lah kata sendiri punya hehehhe)
Cuma saving aku je ditahap yg tidak boleh langsung dibanggakan hehehe... Dan aku masih mengharapkan agar 2010 menguatkan semangat untuk trus mencapai apa yang perlu aku lakukan ...

Sunday, October 11, 2009

Sayap2 hidupku...


Alhamdullilah... hari2 berlalu dengan begitu pantas...PECIPTA dah berakhir coming soon my open house n seterusnya ke Jakarta.. Begitu aku harapkan semua berakhir seperti mana yang diharapkan.. Minggu lepas ada kehadiran warga baru dalam hidupku.. Garfield.. Aku jumpa dia di longkang depan rumah ku dalam keadaan ketakutan n kelaparan.. Sudah seminggu di rumah dia makin nakal n manja.. Makin gamat rumah terutama di waktu pagi bila "siren" berbunyi meminta makanan..

Agak malas nak ke opis sebenarnya.. rasa nak tidur sepjg hari ..kepala rasa pening2 n badan rasa berat sgt.. penyakit MALAS dah menyerang
..

Thursday, October 1, 2009

Selepas Raya

Macam lagu Senario gamaknya keadaan aku sekarang .. Gosh banyak benda2 yang tak diundang membuat duit mengalir deras.. Nasib baik minggu depan gaji masuk.. Lega.. Tak seperti yang dirancang .. Pergi juga aku ke Jakarta bersama 5 orang geng merpati.. Semuanya telah dirancang termasuk penginapan dan aku tgh plan nak tempah baju melayu berwarna gold untuk dipakai ketika Majlis Perkahwinan kawanku di sana nanti.. Raya nie dah 3 baju melayu dalam collection aku..Itu tak termasuk baju batik yang perlu dibeli untuk tema perkahwinan nya..Nasib baik aku tak hadir ke 7 hari majlis kalau tak terpaksa spent lebih untuk ikut tema majlis..

Semestinya aku budjet tinggi untk shopping di Bandung nanti.. Hehehe..Minggu depan sibuk dengan PECIPTA projek UM bersama KPT di KLCC ..and The other week aku merancang rumah terbuka kebetulan jatuh Depavalli consider rumah terbuka 1 Malaysialah ..Tema pakaian tradisional.. hehhee Dah banyak aku plan utk open house ni biasalah 1 stime open house di rumah sendiri with collebration with my sis,my bro in law and 2 of my close friends...Harap menjadilah dengan meriahnya dengan anggaran 80 orang tetamu.. so just wait for it.. hehhee

Tuesday, September 22, 2009

1 SHawal

Sejujurnya aku tak lah terlalu sangat nak menyambut raya ni.. yang penting hari cuti panjang ..makan n makan.. Dan tentunya duit mengalir sederas air.. Memandang tahun ni adalah percutian yang terlalu panjang di kampung dah tentu aku dah menyusun banyak aktiviti .. Beraya di rumah kawan dah seatle kot .. Dah raya ke 3 ni ... Dah 2 kali ke cinema .. Untuk esok dan seterusnya mungkin mengunjungi rumah sanak saudara n yang paling tak sabar nak jalan2 cari makan .. Kalau nak tau dekat Taiping ni banyak makanan yang special ... Mee Combat pelik kan bunyi nyer kan but believe me sedap sgt.. popia basah special made from macha from India.. Mee dollie yg takde kat mana2 cuma last few minth i dah jumpa cawangan kat TTDI.. Mee Udang Kuala Sepetang... Yong Tau Fu Bomba.. hehhee ..Gulai Ikan Sembilang .. huh meleleh air liur kat monitor ni...hehhehee..Nanti aku try capture pic n tayang kat korang yek.. Bye from now..muah

Wednesday, September 16, 2009

Pertemuan Rakan lama

Semalam seperti dirancang menjadi jugak pertemuan dengan rakan2 Jusco dulu.. Walau pun ber3 rasanya memang banyak yang dibualkan... Aku decide nak belanja diorg dekat my fav place Ali Cafe di kerinchi.. Makanan n tempat dia mmemang superb.. Nak dijadikan cerita aku tiba agak lambat mohon maaf sangat kerana tak sangka jam begitu teruk dalam UM.. Nasib baik aku sempat booking dan order awal makanan ..even rasa moody je dalam kete coz terpaksa harungi jam.. Tapi akhirnya sampai juga tepat waktu berbuka.. Begitu banyak bercerita antara kami ber 3 aku ,nasya n Izzat.. tak sedar dah pukul 10.30 mlm air pun sampai 3 kali order.. Apa pun memang seronok bertemu kalian ..Ralat rasanya tak bawa kamera.. Tapi masih menjadi detik manis Ramdhan tahun ini...




Tuesday, September 15, 2009

Persiapan raya

Mood raya makin menebal rasanya.. Tahun nie x dapat bonus ..Tension rasanya so budjet raya pun x banyak ..Untuk diri sendiri,duit raya,parents aku peruntukan seribu.. Rasa cukup kot ala kadar je .. Nie tak termasuk open house raya nanti...

Setakat nie semua dah beli cuma tinggal tshirt or kemeja n rasa mcm nak top up lagi kuih raya coz nampak sket..

Cuti raya tahun nie agak panjang dari Sabtu minggu ni sampai Ahad akan datang ..itu pun masih berkira2 untuk ambil cuti hari Jumaat boleh bertolak awal sket nanti...

Apa pun aku bersyukur rasanya setiap tahun rezeki bertambah .. Harap2 tahun depan dapat bonus lah n ekonomi semakin baik ...

Thursday, September 10, 2009

Raya oh Raya

Ganjaran utk staf sokongan? huhuhu sedih bila dengar berita tu.. Pejam celik dah hampir ke penghujung Ramadhan nampak nya.. Sedih sket coz sempat buat 3 hari je tarawikh.. Persiapan raya mcm biasa je.. Kuih raya dah tempah sket.. Baju Melayu dah siap ..Duit raya dah tukar.. Tinggal nak shopping utk parents je.. Utk diri sendiri x plan lagi nak beli apa...

Kalau ikut perancangan Jumaat depan after berbuka or may be Sabtu pagi after sahur bertolak ke kg..Harap2 tak jam lah jalan even rasanya jalan jam teruk maklum semua mesti balik hari Sabtu or Ahad..

Kali ni balik ber4 kamal,remy,zul n i... Memandangkan Kamal pinjam keta . so raya nie boleh pow kete ayah utk beraya ..hehehehe dah jadi kebiasaan setiap raya... Apa pun raya kali nie best coz cuti panjang .. Open house kat umah dah jadi kemestian.. N sempat kalu berjalan2 or bercuti tu pun tgk budjet yang tinggal ..hehheheee